Thursday, January 28, 2010

Guru Kelas : PENGORBANAN TERBESAR SEORANG GURU

Fungsi-Fungsi Guru Kelas
Posted in January 28th, 2010 by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid

Mengurus, Mengawalselia dan Mengadakan item-item/perkara berikut:

1. SUMBER MANUSIA
1. Sejumlah pelajar dalam kelas

2. SUMBER BUKAN MANUSIA
A. Instrumen / Alat kawalan
1. Buku Kedatangan Pelajar (Bukti legal)-Diisi oleh Guru Kelas dan dihantar seawal waktu ke-2)
2. Surat-Surat Amaran/Berhenti
3. Rekod Kehadiran P & P
4. Kad Keluar Kelas
5. Tanda nama
6. Tali leher

B. Inventori/peralatan di dalam kelas
1. Kerusi pelajar
2. Meja pelajar
3. Meja Guru
4. Kerusi Guru
5. Papan putih
6. Papan Kenyataan
7. Cermin Tingkap
8. Penyapu
9. Penyodok
10. Pemadam
11. Penyapu debu
12. Pen Marker
13. Kipas
14. Lampu

C. Organisasi Kelas
1. Jadual Waktu Kelas
2. Pelan kedudukan pelajar
3. Jawatankuasa kelas
4. Jadual Bertugas
5. Program Cermin Angkat-label nama pelajar yang terlibat dilekatkan di bhg atas
6. Senarai nama pelajar
7. Senarai inventori kelas (Ditandatangani Penyerahan & Penerimaan)-format disediakan
8. Plan laluan kebakaran
9. Pengumuman/panduan/pekeliling
10. Sudut mata pelajaran (Papan Kenyataan di belakang)
11. Sudut kehadiran pelajar (diisi setiap hari)-Kanan (pagi), Kiri (Petang)
12. Angkat kerusi apabila pulang

D. Maklumat Pelajar ( Dalam Fail )
a. Slip keputusan peperiksaan
b. Kad kesihatan/Kad Pergigian
c. Slip berhenti /Sijil Berhenti
d. Salinan KP/Sijil Beranak/Dll

E. Pelbagai Yuran/Bayaran Tambahan

F. Kebajikan/Buku Teks/Biasiswa/Kesihatan

G. Tugas-Tugas Pemantauan dan Kawalan Kelas
I.Bersama-sama pelajar di tapak roll call dan catat kehadiran
2.Memahami bahagian masing-masing bagi kelas berkongsi (cermin/papan kenyataan/sudut kehadiran)-Kanan (pagi) dan Kiri (Petang)
3.Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas masing-masing

Disediakan,

(Abd Bashid bin Harun)

Adakah kita malaksanakannya?

SPI Bil. 6 / 1995 : PONTENG

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1995 :
MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH


--------------------------------------------------------------------------------

Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggiperatus penglibatan di kalangan pelajar. Hastar Kementerian Pendidikan ke arah `Zero Defect' dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera.

2. Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.

3. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan.

4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindkan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Bku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya masalah ponteng.

5. Seterusnya, bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar, langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan:


5.1 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan usaha mengatasi masalah tersebut.

5.2 Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan sepenuhnya.

5.3 Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, pelajar-pelajar berhak disayangi, dikasihi, dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.

5.4 Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah.

5.5 Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.


6. Kandungan surat pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"





(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia



# Adakah kita bersungguh-sungguh menanganinya?
Bagaimana dengan tugas-tugas yang lain?
Apakah komen ibu bapa?

LOCO PARENTIS...Tanggungjawab Guru?

The term in loco parentis, Latin for "in the place of a parent" or "instead of a parent,"[1] refers to the legal responsibility of a person or organization to take on some of the functions and responsibilities of a parent. Originally derived from English common law, it is applied in two separate areas of the law.

First, it allows institutions such as colleges and schools to act in the best interests of the students as they see fit, although not allowing what would be considered violations of the students' civil liberties.[1]

Second, this doctrine can provide a non-biological parent to be given the legal rights and responsibilities of a biological parent if they have held themselves out as the parent.[2]

The in loco parentis doctrine is distinct from the doctrine of parens patriae, the psychological parent doctrine, and adoption.[3] In the United States, the parental liberty doctrine imposes constraints upon the operation of the in loco parentis doctrine.[3]....petikan daripada sumber internet http://en.wikipedia.org/wiki/In_loco_parentis(terima kasih)

Bagaimanakah peranan guru dalam pertanggungjawaban ini? Apakah peranan kita menangani masalah ponteng? atau masalah disiplin yang lain.

PONTENG

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH

Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan.

Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.

Ponteng Sekolah Secara Berkala
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.


PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG KELAS

Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu Pelajaran.
Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.


PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG ACARA RASMI

Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


Bagaimanakah pula Ponteng aktiviti kokurikulum?

Isu 1 : Komunikasi Dalam HEM

Bila seseorang pelajar melakukan kesalahan berat, biasanya ibu bapa akan dipanggil untuk berbincang menganai masalah anak mereka. Hukuman yang akan dijatuhi akan dimaklum kepada ibu bapa dan pelajar setelah siasatan mendapati tertudah melakukan kesalahan tersebut. Apa yang menjadi masalah di sini apa bila pelajar tersebut tidak berupaya berbahasa melayu dengan baik. Menjadikan perbincangan tersebut kaku. Lebih malang lagi, ada segelintir ibu bapa yang tidak faham bahasa melayu.justeru kehadirannya ke sekolah(jika difikirkan) tidak memberi apa-apa makna dalam perbincangan tersebut.Tindakkan yang akan diambil seperti menghantar tertuduh menghadiri sesi kaunseling. Purata guru kaunseling adalah guru melayu ( Kaunselor pelajar) yang bertutur dalam bahasa melayu...adakah sesi kaunseling ini akan berjaya?Justeru isu menguasai bahasa melayu merupakan kunci kejayaan masalah disiplin.

Persoalan timbul pula?
Bagaimanakah pelajar begini belajar di dalam kelas? Adakah mereka faham apa yang disampaikan oleh guru?

Adakah mereka juga faham, apa yang disampaikan oleh guru atau pengetua semasa perhimpunan sekolah?

Bagaimanakah kalau kita berada ditempatnya?

Maklumat Disiplin SMKL

Kesalahan yang perlu dijauhi..

PENGERTIAN ISTILAH SALAH LAKU

Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin) Sekolah 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman.

Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan sehingga boleh dibuang sekolah.

Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.


SALAH LAKU KATEGORI BERAT

Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan.
Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru / pengawas / murid.
Biadab terhadap guru / pengawas / murid.
Memeras ugut guru / pengawas / murid.
Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
Melakukan buli ( pelancoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.
Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
Mencabul kehormatan guru / murid.
Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
Mengintai murid lelaki / perempuan.
Menulis atau mengeluarkan kenyataan akbar yang mencemarkan.
Merosakkan harta benda sekolah / guru.
Membawa / menggunakan bahan letupan.
Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran . peperiksaan / ujian.
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
Melakukan ponteng sekolah berterusan ( berturut-turut ) selama 30 hari atau berkala ( tidak berturut-turut ) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
Melakukan hubungan yang dicurigai.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.


SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA

PENGERTIAN ISTILAH

Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan.
Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan kemudaratan , keharmonian sistem pendidikan di sekolah.
Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.


SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tidak amanah, menipu, berbohong dan menipu ketika ujian / peperiksaan.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.
Menconteng pada harta benda sekolah.
Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

* Nota Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa / penjaga kerana murid tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.


SALAH LAKU KATEGORI RINGAN
PENGERTIAN ISTILAH

Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang dinyatakan dalam peraturan, misalnya membuat bising dalam darjah, berkeliaran ( loitering ) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

Salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi.

Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga.

Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.

SALAH LAKU KATEGORI RINGAN

Menyimpan misaim, janggut atau jambang.
Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan terlarang.
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.
Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan yang tidak berfesyen.
Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
Makan dan minum dalam bilik darjah.
Melakukan pembaziran air / elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain )
Datang lewat ke sekolah.
Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.
Bising dalam bilik darjah sehinggga mengganggu kelas lain.
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
Mengganggu kawasan.
Mengganggu guru.
Lewat masuk kelas.
Mengotorkan kelas.
Tidak duduk setempat.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

Thursday, January 7, 2010

HONDA DREAMS FUND

SALAM SEJAHTERA,
Kepada semua pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang layak boleh memohon BIASISWA tersebut. Sila berhubung dengan Pn. Sawiah Bahari untuk mendapatkan borang permohonan dan penerangan lanjut.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2010.
Pihak sekolah tidak akan memproses permohonan ini jika lewat dari tarikh tersebut.

terima kasih.