Thursday, April 30, 2009

Laporan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah

Nama Pertandingan : Majlis Tilawah Al Quran
2. Peringkat Pertandingan : Peringkat Daerah
3. Tarikh Pertandingan : 11 April 2009
4. Tempat : SMK Tanjung Pengelih
5.
a) Bilangan Guru (Sesi Pagi) : 1 orang- En Mohd Khir Bin Md Amin
b) Bilangan Pelajar (Sesi Pagi) : 1 orangMohd Shaihan Tarpani
6. Perbelanjaan : Tiada
7. Keputusan : Tempat Ke 2 ( 10 markah-pencapaian & 11 markah penglibatan ) KP
8. Penambahbaikan :Mengekalkan kejuaraan ditempat pertama peringkat zon pada tahun 2010


Disediakan oleh,
t.t...............................
(Mohd Khir Bin Md Amin)
Guru Penasihat

Wednesday, April 29, 2009

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING L18 TAHUN

1. NAMA AKTIVITI: PERTANDINGAN BOLA BALING LELAKI BAWAH 18 TAHUN MSSD KOTA TINGGI
2. PERINGKAT: Daerah ( 11 markah ) MSSD KOTA TINGGI
3. TARIKH: 22 DAN 23 APRIL 2004
4. HARI: RABU DAN KHAMIS
5. TEMPAT: PADANG SMK. AIR TAWAR, KOTA TINGGI
6. BILANGAN GURU: 4 ORANG

A) PENGURUS PASUKAN: NORMALA JEINAEN
B) PENOLONG PENGURUS: RAMLAH ABD MAJID
C) JURULATIH: MOHD. HISYAMUDDIN KAMARAZAMAN
D) PENOLONG JURULATIH: ARPAH BASAR

NO / NAMA /JERSI/MERAH/JERSI HITAM/KELAS/NO. I/ C/
1/MUHAMAD AMINURASHIDI MOHAMAD YUSUF/13/7/5UIAM/921030-06-5697
2 MOHD NOR AMIRUDIN MOHD YUSOF/1/ /5UPM/921109-01-5297
3MUHAMAD AMIRUL THUMIRAN/2/2/5UPM/920314-01-5275
4MUHAMAD FAIZ KAMIS/16/1/5UPM/921130-04-5275
5MOHAMAD FADLIFIKRI AMRAN/4/4/5UKM/921119-03-5435
6MOHAMAD HAIKAL HEKMAL JUMAIN/10/10/5UIAM/920523-01-5925
7 MUHAMAD SYUKRI NORRAGIMAN/3/9/5UKM/920706-01-5661
8MUHAMAD SHAHRUL NIZAM SULAIMAN/8/8/6AUKM/901009-01-6809
9MAHADI NASRI/6/6/5UM/920506-01-5085
10MOHD AIDIL OSMAN/14/12/4USM/930531-01-5465
11MOHD FAMME SANAT/5/5/5UM/920505-01-5151
12MOHD HAIKAL HAFIZE SENIN/15/11/4USM/931030-01-5875

7. KEPUTUSAN:

A) LATIHAN : LATIHAN PUSAT PADA SEBELAH PAGI DAN PETANG BERMULA PADA 17, 20 DAN 21 APRIL 2009

B) KEPUTUSAN:
KUMPULAN A: PUSINGAN AWAL
SMK. LAKSAMANA - SMK. LOKMAN HAKIM ( SMK. LAKSAMANA MENANG , 4 – 2 )
SMK. LAKSAMANA – SM TEKNIK ( SMK. LAKSAMANA MENANG , 4 – 2 )
SEPARUH AKHIR:
SMK. LAKSAMANA – SMK. LINGGIU ( SMK. LAKSAMANA KALAH, 7 – 11 )

TEMPAT 3 DAN 4:
SMK. LAKSAMANA – SMK. TAN SRI JAAFAR ALBAR ( SMK. LAKSAMANA KALAH, 3 – 5 )

KEPUTUSAN: TEMPAT KEEMPAT.

8. CADANGAN:
PASUKAN BOLA BALING PERLU MEMPERTINGKATKAN LATIHAN UNTUK MEMENANGI PERTANDINGAN.

9. DILAPORKAN OLEH:
NORMALA BINTI JEINAEN ( KETUA PENASIHAT KELAB BOLA BALING )

10. KOMPOSISI KAUM:
TINGKATAN 4: 2 ORANG ( LELAKI MELAYU)
TINGKATAN 5: 10 ORANG (LELAKI MELAYU)

Tuesday, April 28, 2009

LAPORAN PROGRAM CITRA IKBN PAGOH SIRI 2/2009

1. PROGRAM CITRA IKBN PAGOH SIRI2/2009 DAERAH KOTA TINGGI.
2. PERINGKAT DAERAH
3. 17 HINGGA 21 APRIL 2009
4. DI TAPAK KEM TANJUNG LABOH, BATU PAHAT, JOHOR.
5. GURU = 2 ORANG DAN PELAJAR 38 ORANG
BIL
NAMA
TINGKATAN
NO KAD PENGENALAN
1
MOHD SHUKRY FAES BIN NURUL FUAD
4 UIAM
930927-01-5605
2
MUHAMMAD AZWAN BIN ABDULLAH
4 UPSI
931224-01-5937
3
HARICHAREN NAIR A/L PERABAKARAN
4 UIAM
930620-01-3029
4
FIRDAUS NASHAN BIN FAZILAN
4 UKM
931020-01-5337
5
NURUL ATIQAH BINTI E SAMUDIN
4 USM
930808-01-5290
6
NUR SAIYIDAH BINTI ZAINAL
4 USM
930507-01-5158
7
NUR AMIRA FATEEN BINTI THUMIRAN
4 USM
950204-01-5468
8
NURUL NADIA BINTI ABD NASIR
4 USM
930617-01-5650
9
NUR NABILA BINTI ABD RAHIM
4 UTM
930402-01-5872
10
SITI NUR IZATI BINTI JAMALUDIN
4 UTM
930108-01-5708
11
NAZIRAH SYAFIQAH BINTI MD DOLLAH
4 UTM
930419-12-5736
12
NORMAIZURA BINTI MOHMAD
4 USM
930507-01-5406
13
NORFAEZAH BINTI ABU
4 USM
930203-01-5458
14
MUNIRAH AFIQAH BINTI MUHAMMAD
4 UIAM
930825-01-5268
15
NURUL AMIRA BINTI ABDULLAH
4 UKM
930118-10-5782
16
HANUM HUZAIMA BINTI SAMSUKAMAL
4 UKM
930706-01-6460
17
S. PRETAM RAJ
4 UM
930426-01-6161
18
VIKNESWARAN A/L PERMAL
4 UPM
930423-01-5441
19
GUNARAJ A/L SUBRAMAM
4 UPM
931025-01-6881
20
JAYKISHEN A/L SREEKANJAN
4 UPM
930705-01-5351
21
DINESHRAJ A/L KARUNANITHI
4 UTM
930405-01-6117
22
KHONG KUN TAK
4 UM
931026-01-5741
23
HING SOON HUAI
4 UM
930319-01-5011
24
TAN TECK YING
4 UM
930517-01-5291
25
LEE KECK CHUEN
4 UM
930326-01-5511
26
CHAN ZI YUN
4 UM
930420-01-5518
27
CHOOI YAN MAY
4 UM
930707-04-5176
28
TAI CAI DI
4 UM
930516-01-5336
29
YENG XIN YI
4 UM
930913-01-5014
30
NUR FARAH WAHIDAH
3 USM
940418-01-6852
31
FAIZNUR VANIEDA BINTI BASER
3 WUKM
940113-01-5330
32
NURUL HAZIRAH BINTI ROSLAN
3 WUKM
940503-01-6320
33
DEWI RAMADHANI BINTI NISPAR
3 USM
940310-01-6068
34
HIDAYATUL AKMAL BINTI ABD GHANI
3 UTM
940412-01-6632
35
NAJAT BINTI SHEIKH SAID
3 WUKM
940515-01-6272
36
NAJWA BINTI MARSAID
3 WUKM
941230-01-6038
37
NORAINI BINTI ISMAIL
3 WUM
940708-01-5938
38
AMERAH BINTI TAJUDIN
3 WUKM
940823-01-6258
: :
6. PERBELANJAAN
Sarapan pagi
RM 3.00 x 40 = RM 120.00

7. AKTIVITI

Pada 17 hingga 21 April 2009 yang lepas, seramai 2 orang guru pengiring dan 38 orang pelajar telah mengikuti satu program anjuran Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) iaitu Program Citra IKBN Pagoh di Tanjung Laboh, Batu Pahat. Peserta program ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4. Peserta program ini tidak hanya terdiri daripada SMK Laksamana sahaja. 5 buah sekolah di daerah Kota Tinggi telah terpilih untuk menyertai program ini. Selain SMK Laksamana, sekolah-sekolah lain ialah SMK Tun Habab, SMK Taman Sri Saujana, SMK Bandar dan SMK Taman Kota Jaya. Keseluruhan peserta bagi program ini ialah 192 orang pelajar. Program selama 5 hari ini telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai IKBN sendiri dengan bantuan Pengakap Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam 3 (JPA3). Sepanjang 5 hari di sini, para peserta disediakan dengan pelbagai ceramah dan aktiviti yang bertujuan melahirkan belia yang cintakan negara selain mengenali dengan lebih dekat lagi apakah itu IKBN.


HARI PERTAMA (17 APRIL 2009)
Seawal jam 7 pagi lagi pelajar-pelajar telah berkumpul di sekolah. Jam 7.30 pagi, para pelajar berkumpul di kantin sekolah untuk bersarapan bersama-sama. Selesai bersarapan, bas yang telah disediakan oleh pihak IKBN tiba di hadapan sekolah tepat jam 8.00 pagi. 15 minit kemudian, bas bergerak membawa semua pelajar dan guru ke destinasi kami. Program ini adalah berbentuk perkhemahan. Tanjung Laboh merupakan satu tapak perkhemahan yang dimiliki oleh pengakap yang sering kali menjadi pilihan orang luar untuk aktiviti perkhemahan.
Kira-kira jam 10.15 pagi, kami tiba di Tanjung Laboh dan terus menikmati minum pagi yang telah disediakan. Selesai minum pagi, para peserta berkumpul di dewan terbuka kem tersebut. Selepas sedikit taklimat daripada ketua komanden kem, para peserta perkhemahan telah diberikan setiap seorang sepasang baju dan seluar sukan, beg galas, topi dan fail daripada IKBN. Seterusnya, para peserta mendengar taklimat yang kedua mengenai tapak perkhemahan tersebut yang disampaikan oleh penyelia kem perkhemahan yang juga seorang guru pengakap yang sangat berpengalaman. Dalam taklimatnya, beliau menerangkan mengenai beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh semua peserta kem sepanjang program ini berlangsung.
Lebih kurang jam 12.15 tengahari, para peserta menikmati pula makan tengahari. Selepas makan tengahari, para peserta lelaki muslim bersiap-sipa untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Tanjung Laboh dengan menaiki bas yang disediakan. Sementara itu, peserta perempuan dan bukan muslim tinggal di kem. Para peserta perempuan muslim solat Zuhur secara berjemaah dan bergilir-gilir kerana surau yang terdapat di kem itu tidak mampu untuk menampung lebih daripada 60 orang pada satu-satu masa.
Jam 2.30 petang, semua peserta berkumpul untuk aktiviti ice breaking dan pembahagian kumpulan. Sebanyak sepuluh kumpulan telah dibentuk dengan ahli kumpulan yang berbeza sekolah. Dengan cara ini, para peserta akan dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. Aktiviti ini berlangsung lebih kurang 2 jam yang berakhir pada jam 4.30 petang. Selepas minum petang, para peserta muslim menunaikan solat asar di surau. Selesai solat, peserta sekali lagi berkumpul kira-kira jam 5.15 petang untuk pengagihan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Satu khemah terdiri daripada 4 hingga peserta. Kemudian, para peserta bekerjasama mendirikan khemah masing-masing. Selesai mendirikan khemah, para peserta membersihkan diri untuk solat bagi yang muslim dan bersedia untuk makan malam.
Jam 9.00 malam, peserta-peserta berkumpul di dataran mengikut kumpulan masing-masing. Sesi pelantikan penghulu, timbalan penghulu, bilal dan imam bagi lelaki dan perempuan berlangsung. Ahli jawatankuasa bagi kebersihan, dewan dan disiplin juga telah dilantik. Lebih kurang jam 10 malam, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang pertama berlangsung. LDK yang bertajuk Citra Diri ini lebih menumpukan kepada memperkenalkan ahli-ahli kumpulan serta organisasi yang telah dilantik di dalam kumpulan yang telah dilantik. Aktiviti ini berakhir kira-kira jam 11.00 malam sebelum semua peserta masuk tidur dan berehat.

HARI KEDUA (18 APRIL 2009)
Jam 5.00 pagi, para peserta dikejutkan oleh guru-guru pengiring untuk bangun pagi, membersihkan diri dan solat Subuh bagi yang muslim. Selepas itu, para pserta berkumpul beramai-ramai di dataran pada jam 7.00 pagi untuk senaman pagi yang juga dikenali dengan nama Malaysia Cergas. Selesai senaman pagi, para peserta beratur beramai-ramai untuk bersarapan pagi. Ketika waktu makan, para peserta perlu makan secara teratur iaitu mereka perlu menjemput terlebih dahulu semua guru pengiring, fasilitator dan pegawai sebelum makan. Selepas itu barulah mereka mula makan. Ini bertujuan mendisiplinkan para peserta seterusnya memupuk rasa hormat pada orang lain.
Jam 8.30 pagi, para peserta sudah berkumpul semula di dewan terbuka dan duduk di dalam kumpulan masing-masing. Program pertama mereka pada hari ini ialah mendengar ceramah mengenai Kementerian Belia dan Sukan serta mengenali Organisasi Belia yang mana ceramah ini telah disampaikan oleh pegawai dari Persatuan Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat. Ceramah ini berakhir kira-kira jam 10.30 pagi dan para peserta terus menikmati minum pagi. Ceramah kedua bersambung pada jam 11.00 pagi. ceramah ini disampaikan oleh seorang ustaz daripada Pejabat Agama Islam dengan tajuknya Islam Hadhari. Ceramah ini berakhir pada jam 1.00 tengahari dan program ditangguhkan seketika sehingga jam 2.30 petang untuk para peserta makan tengahari, solat Zuhur dan berehat.
Program diteruskan lagi dengan LDK yang seterusnya bertemakan Aku dan Dia. Selesai LDK pada jam 4.30 petang, para peserta minum petang dan solat Asar. Program diteruskan lagi dengan sukaneka yang dikendalikan oleh fasilitator daripada pelajar diploma IKBN. Sukaneka berakhir kira-kira jam 6.30 petang dan para peserta berkumpul untuk mendengar taklimat seterusnya daripada kem komanden. Para peserta diberi masa sehingga 9.00 malam untuk mandi, solat Maghrib bagi yang muslim dan makan malam. Tepat jam 9.00 malam, para peserta berkumpul di dewan terbuka untuk aktiviti LDK seterusnya iaitu Citra Keluarga. Lebih kurang jam 11.00 malam aktiviti LDK berakhir. Sebelum para peserta dibenarkan masuk tidur, satu perjumpaan antara para peserta dan guru-guru pengiring dari sekolah masing-masing telah diadakan. Perjumpaan ini lebih kepada post-mortem antara guru pengiring dan para pelajar mengenai program yang telah mereka ikuti sepanjang 2 hari ini. Kebanyakan pelajar mengadu penat kerana mereka hanya duduk sahaja mendengar ceramah. Namun guru pengiring memujuk mereka dengan menjanjikan kepada mereka bahawa mulai esok, semua aktiviti yang telah disediakan adalah lebih mencabar dan menyeronokkan. Ini secara tidak langsung telah menaikkan sedikit semangat para pelajar untuk terus mengikuti program anjuran IKBN ini. Lebih kurang jam 11.45 malam, para peserta telah masuk tidur dan bersedia untuk aktiviti yang seterusnya pada esok hari.

HARI KETIGA (19 APRIL 2009)
Seperti biasa, para peserta bangun seawal 5.00 pagi untuk mandi dan bersiap untuk memulakan aktiviti pada hari ini. Mereka berkumpul dahulu untuk Malaysia Cergas. Pada pagi ini, mereka bersama-sama melakukan poco-poco, satu tarian dari Indonesia yang diubahsuai kepada salah satu teknik senaman yang bagus. Dengan diiringi muzik yang rancak, para peserta sangat gembira melakukan poco-poco bersama kawan-kawan dari sekolah yang berlainan.
Selepas bersarapan pagi, para peserta berkumpul di dewan terbuka seperti biasa untuk mendengar ceramah mengenai Gaya Hidup Sihat dan Belia Benci Dadah yang disampaikan oleh seorang pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Ceramah tamat pada jam 10.30 pagi dan para peserta beratur untuk menikmati minum pagi. Selesai minum pagi, para peserta kembali berkumpul untuk mengikuti pula ceramah Perjuangan Bangsa dan Ancaman Negara yang disampaikan oleh seorang pegawai dari Jabatan Penerangan. Ceramah yang menarik ini disertakan juga dengan kuiz untuk para peserta yang mana mereka yang dapat menjawab soalan dengan betul akan menerima cenderhati dari penceramah tersebut. Selesai ceramah tersebut kira-kira jam 1.00 tengahari, para peserta beratur dan berkumpul pula untuk menikmati juadah makan tengahari yang lazat. Selepas makan tengahari, para peserta muslim menunaikan solat Zuhur manakala peserta yang lain bersedia untuk aktiviti yang lebih mencabar selepas ini.
Tepat jam 2.15 petang, semua peserta telah berkumpul di dewan untuk sesi taklimat kembara, iaitu aktiviti luar yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi. Guru-guru pengiring terlebih dahulu bergerak bersama pegawai-pegawai JPA 3 menuju ke checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan. Kembara bermula tepat jam 2.30 petang. Para peserta dilepaskan mengikut kumpulan dengan jarak masa 5 minit setiap kumpulan. Aktiviti ini amat menyeronokkan bagi para peserta. Kerjasama antara ahli kumpulan di bawah pimpinan ketua kumpulan yang telah dipilih akan menjadi penentu kejayaan kumpulan terbabit untuk menghadapi cabaran dalam aktiviti kembara ini. Setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran yang bukan sedikit seperti terpaksa mengharungi lumpur dan sungai, semua kumpulan berjaya sampai di tapak perkhemahan kira-kira jam 7.00 malam. Dalam keletihan yang teramat, mereka membersihkan diri yang dipenuhi lumpur sebelum solat maghrib dan menikmati makan malam.
Pada jam 9.00 malam, para peserta berkumpul mengikut kumpulan untuk membentangkan hasil kembara mereka yang sangat mencabar. Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil kembara mereka. Mereka juga menceritakan detik-detik yang tidak akan dilupakan sepanjang kembara itu. Ada kumpulan yang sentiasa ceria dan gembira sepanjang kembara. Ada juga yang terpaksa berhadapan dengan konflik antara ketua kumpulan dengan ahli kumpulan yang lain kerana berselisih pendapat sehingga mereka sesat. Namun ini semua merupakan pengalaman yang teramat berharga buat diri mereka kerana akhirnya mereka sedar dengan sendirinya akan kepentingan semangat berpasukan dan mengalah serta belajar menerima pendapat orang lain. Aktiviti pembentangan ini berakhir pada jam 11.00 malam dan semua peserta masuk tidur dengan keletihan.

HARI KEEMPAT (20 APRIL 2009)
Pada hari keempat, para peserta telah berkumpul seawal jam 7.00 pagi untuk bergerak ke IKBN Pagoh di Muar. Sebelum bergerak, mereka bersama-sama fasilitator dan pegawai IKBN menari poco-poco terlebih dahulu sebagai senaman pagi yang ringkas. Selesai menari, para peserta dibekalkan dengan sarapan roti dan air kotak untuk dimakan di dalam bas. Bas mula bergerak jam 8.00 pagi dan tiba di IKBN Pagoh pada jam 9 pagi.
Kedatangan kami disambut oleh pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar IKBN dengan mesra. Para peserta dan guru dijemput masuk ke dewan besar IKBN untuk sesi taklimat mengenai IKBN. Sesi taklimat ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. Selepas taklimat, para peserta dijamu dengan minum pagi sebelum diminta beratur dalam kumpulan untuk bergerak beramai-ramai melawat sekitar kawasan IKBN. Para peserta dibawa melawat bengkel-bengkel dan fakulti-fakulti di mana penuntut IKBN mempelajari pelbagai kemahiran yang tidak pernah para peserta saksikan. Semua peserta merasa kagum dan terpegun dengan kemahiran yang dipelajari di sini yang majoriti penuntutnya merupakan kaum lelaki. Mereka dapat melihat dengan lebih dekat mesin-mesin yang besar dan canggih serta sangat tinggi kosnya. Lawatan ini berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari. Sebaik tiba semula di dewan besar, para peserta dan guru pengiring dijamu dengan hidangan makan tengahari yang lazat. Selesai makan, para peserta solat Zuhur dan bergerak semula pulang ke Batu Pahat pada jam 2.00 tengahari.
Kami tiba di tapak perkhemahan kira-kira jam 3.00 petang dan para peserta berehat di dalam khemah masing-masing sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Waktu yang panjang ini digunakan oleh para peserta untuk latihan persembahan untuk Malam Mesra pada malam ini. Jam 5.00 petang, para peserta bergotong royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Ada yang membersihkan tandas, membuang sampah sarap, membersihkan kawasan khemah dan sebagainya. Aktiviti berakhir kira-kira jam 6.00 petang dan para peserta bersedia pula untuk aktiviti malam ini.
Selepas makan malam jam 9.00 malam, para peserta berkumpul mengikut kumpulan dan bersedia untuk mempersembahkan persembahan mereka yang telah ditentukan temanya, 60-an. Giliran persembahan telah ditentukan melalui undian. Semua kumpulan berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Ternyata, para peserta program citra ini merupakan pelajar-pelajar yang memiliki idea-idea yang segar dan kreatif. Semua peserta, guru pengiring dan fasilitator sangat terhibur dengan persembahan-persembahan pada malam itu. Persembahan mereka juga dinilai oleh barisan panel hakim dari IKBN untuk memilih kumpulan manakah yang layak menang seterusnya mempersembahkan persembahan mereka pada majlis penutup esok. Seperti biasa aktiviti berakhir pada jam 11.00 malam dan peserta mula masuk tidur.

HARI TERAKHIR (21 APRIL 2009)
Hari ini merupakan hari terakhir Program Citra IKBN. Para peserta tidak sabar hendak pulang menemui keluarga tersayang. Majlis penutupan program ini bermula jam 9.00 pagi. Namun, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusof telah sampai lebih awal sebagai tanda sokongan kepada program ini. Majlis bermula agak lewat kerana menunggu Tuan Pengarah IKBN yang akan merasmikan majlis penutupan program ini. Jam 9.20 pagi, beliau tiba di kem Tanjung Laboh dan majlis pun bermula. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan peserta yang menang pada Malam Mesra. Penyampaian hadiah serta sijil juga telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN diiringi oleh Tuan PPD Kota Tinggi. Majlis bersurai kira-kira jam 11.00 pagi dan para tetamu kehormat menikmati makan tengahari bersama guru pengiring. Para peserta juga bersama-sama makan tengahari buat kali terakhir bersama rakan-rakan sekumpulan. Selesai makan tengahari, sesi bersalaman bersama para fasilitator IKBN menjadi satu sesi yang sangat mengharukan kerana para peserta tidak dpaat menyembunyikan kesedihan untuk berpisah dengan rakan-rakan yang baru dikenali dan fasilitator. masing-masing tidak melepaskan peluang juga untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Tepat jam 12.30 tengahari bas yang akan membawa para peserta pulang ke Kota Tinggi tiba. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada fasilitator dan rakan-rakan baru, bas yang memulakan perjalanan pulang mengikut sekolah masing-masing pada jam 1.00 tengahari.

8. CATATAN
Program selama 5 hari ini sangat padat dengan aktiviti yang membuka minda pelajar untuk menjadi seorang belia negara yang berdisiplin, cintakan negara dan mempunyai hala tuju pada masa hadapan. Program ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang untuk melahirkan belia yang dapat memacu negara ke arah kegemilangan.




Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................. ..................................
(Siti Farhanah bt Kahalit) (E. Farzeli bin Che Mat Mustafa)
Guru Pengiring Penolong Kanan Kokurikulum
Program Citra IKBN Pagoh Siri 2/2009 SMK Laksamana





9. LAMPIRAN


Ting
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
Jum
L
Jum
P
Jum
Besar
(L/P)
L
P
L
P
L
P
L
P
P
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
2
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
3
-
9
-
-
-
-
-
-
-
9
9
4
3
12
4
4
6
-
-
-
13
16
29
5
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
6R
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
6A
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jumlah Besar
3
21
4
4
6



13
25
38


























Taklimat daripada Tuan Pengetua Peserta berkumpul di dewan







Citra diri Mendengar ceramah di dewan terbuka







Malaysia Cergas Makan bersama-sama di kantin













Sesi kuiz bersama penceramah Halangan berlumpur dalam Kembara


















Taklimat di dewan IKBN Mengenali kursus-kursus di IKBN





















PPD Kota Tinggi bersama Pengarah IKBN Bergambar kenangan sebelum pulang bersama
dan Ketua Pengakap pegawai JPA 3 yang terlibat

Sunday, April 26, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35

Kumpulan Angklong turut membantu membuat persembahan


Tn. Hj Sulor Mingan menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya.



En. Zayadi b Hassan,( Penolong PPD Kota Tinggi), wakil pegawai daerah ke majlis ini.






En. Md Din Hussin, pengetua SMK Laksamana memberi ucapan aluan.
Tarian selamat datang
Antara pelajar yang menerima sijik dan hadiah.






Barisan VIP termasuk Yang Dipertua PIBG ( En Mohd Sidik Abd Hamid)



Antara kumpulan sambutan ( bunga manggar, pahar dan kompang)















Hari Anugerah SMKL dan Mesyuarat PIBG telah dilaksanakan pada 27 April 2009 bertempat di Dewan SMKL telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Norizan b Kulop Pegawai Daerah Kota Tinggi.






EXSPEDISI KAYAK SG JOHOR
















Bermalam di Kg Johor Lama
Peserta memulakan cabaran XPDC
Sebelum memulakan cabaran formasi dibentuk untuk mengumpul peserta.

Pn. Hjh Russiati Mohd Yusoff (PK HEM) melepaskan peserta


Majlis penutu sesi bergambar kenangan bersama YB Dato.

Thursday, April 23, 2009

KAD KEDATANGAN KOKURIKULUM YANG HILANG

PEMBELIAN KAD BARU YANG DILULUSKAN:

1. LEE CHIN YEE ( 1WUM/C/P) - KRS/INTEREK/BADMINTON

KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

1. Nama Majlis :
KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

2. Peringkat : NEGERI

3. Tarikh : 23 April 2009 (KHAMIS)

4. Tempat : IOI MALL, KULAI JAYA JOHOR

5. Bilangan Guru : 3 Orang
1) Pn.Zuriati bt Sabidin
2) Pn.Zaleha bt Ngarip
3) Cik Noorul Ain bt Mohd Rosli

Bilangan Pelajar 15orang
1) Siti Aishah Ngatuan 3UTM
2) Fittriahna Azman 3WUKM
3) Farah Azurah Osman 4UKM
4) Siti Khatijah Amiera Dieyana Rosli 4UKM
5) Emilia Gustin bt Amzil 4UPM
6) Farhana bt Ibrahim U6USM
7) Nur Hanis bt Mohd Amin 1 WUKM
8) Syazwani bt Rahmat 4USM
9) Nurain Nabila bt Md Jepri 3UKM
10)Syafika Shahida Hammuddin 1WUKM
11) Sitti Nur Aisyah Jamaluddin 3UPM
12)Afiqa Izzati Alias 3USM
13) Naza Norshima bt Jaselin 3UPM
14) Nur Hafizza bt Nor Huda 1UKM
15) Maiyhurri a/p Gunasekaran 5UM

6. Pelajar mengikut kaum: PI-1orang dan PM-14 orang

7. Perbelanjaan : RM 620

8. Keputusan : Saguhati Ke dua daripada 10 pasukan yang bertanding

9. Penambahbaikan :
a)Mendapat kostum yang lebih sesuai
b) Latihan perlu diteruskan sepanjang tahun bagi memantapkan kemahiran penari


Disediakan oleh,


------------------------------------------------
(ZURIATI BINTI SABIDIN)
GURU KELAB KEBUDAYAANSMK LAKSAMANA

Wednesday, April 22, 2009

KARNIVAL BAHASA (JK KEBUDAYAAN/PERSEMBAHAN)

Nama Program :
KARNIVAL BAHASA (JK KEBUDAYAAN/PERSEMBAHAN)
2. Peringkat Program : NEGERI
3. Tarikh Program : 04 April 2009 (Sabtu)
4. Tempat : Dewan SMK Tun Habab
5.Bilangan guru yang terllibat: 4 orang
a) Pn Zuriati Sabidin
b)Pn Zaleha Ngarip
c)Ustaz Mohd Khir b Mohd Amin
d)Cik Zasila

6.Bilangan Pelajar:35orang
a) pelajar Persembahan Angklung seramai 20 orang
MUHAMAD YUSUF BIN MOHAMAD ALI 6 A UM
SAHARUDIN BIN ABU BAKAR 6 A UM
MOHAMAD NAZRIN BIN NOR AMRAN 6 A UM
MOHD YUSAZREEN AFFAR BIN YUSUF 6 A UM
MOHMAD ALI BIN ABD RAHMAN 6 A UM
NURUL SHAZWANI BINTI SHAHADAN 6 A UM
SHARIFAH NABILA BINTI MYDEEN 6 A UM
JULIANA BINTI MOHLIS 6 A UM
NURUL NATASHA BINTI ADNAN 6 A UM
NURUL NORAISHA BINTI MOHD YUSUF 6 A UM
NORAIN BINTI AKBAR 6 A UM
ZALILAH BINTI MOHMAD 6 A UM
UMAMAHESWARI A/P BENNY 6 A UM
INBAMALAR A/P SUBRAMANIAM 6 A UM
SITI MARYAM BINTI MANON 6 A UM
SITI AISYAH BINTI NADEE 6 A UM
RAFIKA MONA BINTI USMAN SUMANTI 6 AUM
QURRATU'AINI BT MOHD RADZI 6 AUM
AMALUDDIN BIN KOSNIN 6 AUM

b) Pelajar Tarian Selamat Datang: 7orang
NAJWA MARSAID 3WUM
NUR FITTRIAHNA BT AZMAN 3UKM
EMILIA GUSTIN BT AMZIL 4UPM
FARAH AZURA BT OSMAN 4UKM
SITI KHATIJAH AMIERA DIEYANA 4UKM
MAIYHURRI A/P GUNASEKARAN 5UM
NUR FARHANA BT IBRAHIM 6 AUSM

c) Pelajar Pembawa Bunga Pahar dan Manggar: 8 orang
MAIZATUL SHAHEIRA BINTI ABD KARIM 6 A UKMNORAISHAH BINTI ABDUL HAMID 6 A UKMNUR ALMAS SURA BINTI HJ SALOHI 6 A UKMNURUL WAHIDAH BINTI MOHD BAHASARY 6 A UKMDIKA ROZANA NINGSIH BINTI AMIR 6 A UKMNUR IZZATI LIYANA BT ZAINUDDIN 5 UPM
NORAISHAH BT AZIZ 5 UPM
SYAHIDAH BT ABD WAHAB 5UPM

-perserta mengikut ras:
Melayu:L6 P27 Cina: - India: P2
6. Perbelanjaan : -

7. Aktiviti:
a) perarakan pembawa bunga pahar dan manggar mengiring tetamu VIP
b) Persembahan Selamat Datang oleh pelajar dari Kelab Kebudayaan
c) Persembahan Selingan dengan Persembahan Angklung

8. Penambahbaikan :
a)Mendapat kostum yang lebih sesuai
b) Latihan perlu diteruskan sepanjang tahun bagi memantapkan kemahiran penari dan pemain Angklung



Disediakan oleh,


------------------------------------------------
(ZURIATI BINTI SABIDIN)
GURU KELAB KEBUDAYAAN
SMK LAKSAMANA

Pertandingan Tarian Rampai dan Etnik atau Rakyat peringkat Daerah Kota Tinggi 2009.

1. Nama Majlis :
Pertandingan Tarian Rampai dan Etnik atau Rakyat peringkat Daerah Kota Tinggi 2009.

2. Peringkat : Daerah Kota Tinggi

3. Tarikh : 21 April 2009 (selasa)

4. Tempat : Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
5. Bilangan Guru : 3 Orang 1) Pn.Zuriati bt Sabidin
2) Pn.Zaleha bt Ngarip
3) Cik Noorul Ain bt Mohd Rosli

Bilangan Pelajar 14orang

1) Siti Aishah Ngatuan 3UTM
2) Fittriahna Azman 3WUKM
3) Farah Azurah Osman 4UKM
4) Siti Khatijah Amiera Dieyana Rosli 4UKM
5) Emilia Gustin bt Amzil 4UPM
6) Farhana bt Ibrahim U6USM
7) Nur Hanis bt Mohd Amin 1 WUKM
8) Syazwani bt Rahmat 4USM
9) Nurain Nabila bt Md Jepri 3UKM
10)Syafika Shahida Hammuddin 1WUKM
11) Sitti Nur Aisyah Jamaluddin 3UPM
12)Afiqa Izzati Alias 3USM
13) Naza Norshima bt Jaselin 3UPM
14) Nur Hafizza bt Nor Huda 1UKM

6. Perbelanjaan : RM 134

7. Keputusan : Johan Keseluruhan

8. Penambahbaikan :
a)Mendapat kostum yang lebih sesuai
b) Latihan perlu diteruskan sepanjang tahun bagi memantapkan kemahiran penari



Disediakan oleh,


------------------------------------------------
(ZURIATI BINTI SABIDIN)
GURU KELAB KEBUDAYAAN
SMK LAKSAMANA

Tuesday, April 21, 2009

KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR

Seramai 15 orang pelajar telah terlibat dalam karnival ini yang akan dijalankan pada 24 April 2009 di IOI Mall KulaiJaya Johor.

Adakah SMKL akan berjaya membawa berita gembira dalam Pertandingan Tarian...setelah sekian lama berlatih..


Komen PKKK
Layak dipertimbangkan markah kokurikulum dalam aspek penglibatan dan pencapaian peringkat negeri ( 14 markah )

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID MISKIN

Pelajar SMK Laksamana turut terlibat dalam program ini yang dijangka akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23-26 April 2009
Tempat : Langkawi Kedah

Laporan akan menyusul...

Monday, April 20, 2009

SEMINAR PEMANTAPAN JATIDIRI KE ARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT CEMERLANG NEGARA TERBILANG

16 orang pelajar akan terlibat dalam program ini yang akan diadakan seperti ketatapan berikut :
Tarikh : 30 April 2009 jam 8.00 hingga 1.00 tengahari.
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi.

Siapakah yang mendapat tempat dalam program tersebut ? Siapakah yang sudi turut sama?
Kita tunggu laporannya.

PERTANDINGAN BOWLING TERBUKA SMK LAKSAMANA

NAMA PERTANDINGAN : PERTANDINGAN BOWLING TERBUKA SMK LAKSAMANA

PERINGKAT PERTANDINGAN : PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH PERTANDINGAN : 13 MAC 2009 (JUMAAT)

TEMPAT : DAIMAN BOWL JOHOR BAHRU

NAMA GURU : 1. PN. HJH. NORAZILA BINTI YAHYA & 2. PN. JURIAH BINTI JAIS

BILANGAN PELAJAR TERLIBAT: 30 ORANG
SENARAI NAMA PELAJAR :

BIL
NAMA
TING

1.
AIN NUR ATIRAH BT. MAZLAN

2.
NURUL NADIA BT. ZAMRI

3.
NURFARHANA BT. HISHAMUDIN

4.
FELICIA PANG XIN XUAN

5.
ARIVIN RAJ A/L MAHADHAWAN

6.
AMIRA HUSNA BT. SHAMSUDDIN
3WUKM
7.
ERA SYAFIRA BT. MAZLAN
2WUM

8.
NUR ATIKAH BT. RAHMAT

9.
NOOR FARINA BT. YUSOF
2WUKM

10.
AHMAD FARABI B. AZALI
2WUKM

11.
MUHD. SYAHMI HAZIQ B. SUHAIMI

12.
LIM CHIA LIANG

13.
SITI RAHMAH BT. SHAMSUDDIN
5UKM

14.
ZALIKHA BT. ABD. RAHMAN PUTRA
5UM

15.
NURAZWANA BT. AZHAM

16.
NOOR FARIHA BT. YUSOF
5UM

17.
MUHAMAD FAIZ B. KHAMIS

18.
LEE VERN HUI
5UM

19.
GARY LIM TECK HUI
5UM

20.
KHAIRUL IMAN SYAH B. A. NAWAR


21.
LIM WEI JUN
5UKM

22.
TAN CHOK WEI
5UKM

23.
MUHAMAD AMIRUL HAKIM


24.
MOHD. KHAIRI B. RAHMAT


25.
MOHD. SUHAILI B.

PERBELANJAAN : RM 250


KEPUTUSAN PERTANDINGAN :
P13
1. AIN NUR ATIRAH BT. MAZLAN
2. FELICIA PANG XIN XUAN
3. NURFARHANA BT. HISHAMUDIN
4. NURUL NADIA BT. ZAMRI

L13
ARIVIN RAJ A/L MAHADHAWAN

P15
1. NOOR FARINA BT. YUSOF
2. AMIRA HUSNA BT. SHAMSUDDIN
3. NUR ATIKAH BT. RAHMAT
4. ERA SYAFIRA BT. MAZLAN

L15
1. LIM CHIA LIANG
2. MUHD. SYAHMI HAZIQ B. SUHAIMI
3. AHMAD FARABI B. AZALI

P18
1. NOOR FARIHA BT. YUSOF
2. ZALIKHA BT. ABD. RAHMAN PUTRA
3. SITI RAHMAH BT. SHAMSUDDIN
4. NURAZWANA BT. AZHAM

L18
1. MUHAMAD FAIZ B. KHAMIS
2. MOHD. KHAIRI B. RAHMAT
3. MUHAMAD AMIRUL HAKIM
4. TAN CHOK WEI
5. LIM WEI JUN
6. GARY LIM TECK HUI
7. KHAIRUL IMAN SYAH B. A. NAWAR
8. LEE VERN HUI
9. MOHD. SUHAILI B.

LAMPIRAN KOMPOSISI KAUM YANG MENYERTAI PERTANDINGAN

Melayu : L(7) & P (11)
Cina : L(5) & P(1)
India : L(1)
Lain-lain :" Tiada
Jumlah Keseluruhan : L(13) & P(12) = 25 orang.

Terdapat pelajar yang tidak dinyatakan nama tingkatan,sila lengkapkan kerana markah koku sukar diagihkan kelak.