Sunday, March 8, 2009

SMK Laksamana Kembali Kuasai MSSM Daerah Kota Tinggi


Pada jam 6.30 petang 6 Mac 2009 mencatat satu lagi sejarah buat atlet-atlet SMK Laksamana kerana telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Kota Tinggi kali ke 38 yang berlangsung di Stadium Bandar Penawar. SMK Laksamana juga menguasai Bahagian Perempuan 13 ( Rajathi A/P Gunasegaran ) dan Bahagian Perempuan 15 (Malini A/P Boopathy) dalam kejohanan tersebut. Keupayaan SMK Laksamana merampas kembali piasa berpretej Daerah Kota Tinggi tersebut patut dibanggakan. 14 tahun SMK Laksamana memegang piala tersebut tetapi telah jatuh ke tangga SMK Bandar pada tahun lepas. Sesungguhnya keupayaan yang luar biasa ini patut mendapat pujian seluruh warga SMK Laksamana. Sudah tentu ramai atlet SMK Laksamana akan meneruskan perjuangan di peringkat negeri kelak, diharapkan perjuangan membawa nama LAKSAMANA ini terus ke peringkat Kebangsaan. Sekalung Tahniah kepada pengurus, jurulatih, guru-guru pengiring, ibu bapa, dermawan-dermawan serta atlet-atlet yang berusaha tanpa penat dan jemu untuk mencapai sasaran ini. Berkat Kerjasama semua pihak pastinya kejayaan mudah dicapai.

KITA TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG LUAR BIASA... TERUSKAN USAHA INI.



No comments: