Tuesday, May 19, 2009

PEMANTAUAN BUKU LAPORAN KOKURIKULUM (SUKAN & PERMAINAN)

Penghantaran buku laporan kokurikulum (sukan & permainan) perlu dihantar pada 04.05.09 yang lalu. Hanya buku laporan kokurikulum tersenarai di bawah sahaja yang menghantar untuk semakan :

Badminton / Bola Baling / Bola Jaring / Bola Sepak / Bola Tampar / Bowling / Catur / Ping Pong / Ragbi / Sepak Takraw / Bola Lisut dan Olahraga (satu tiada direkodkan).

Penghantaran Buku Laporan Kokurikulum PBB & KP juga dimestikan berdasarkan jadual pemantauan.

Penghantaran Buku Laporan Kokurikulum berikutnya pada 29.05.09 untuk semua persatuan di bawah Kelab & Persatuan (KP). Laporan perjumpaan minggu ini mesti direkodkan.

Rumusan daripada pemantauan Buku Laporan Kokurikulum :
1. Guru penasihat tidak tandatangan buku laporan.
2. Bilangan perjumpaan dengan tandaaan kedatangan tidak selaras.
3. Laporan perjumpaan tidak selaras dengan bilangan perjumpaan.
4. Keahlian tidak mengikut senarai yang dikeluarkan oleh majlis Kokurikulum.
5. Beberapa maklumat tidak dikemaskini sebelum menghantar.
6. Setiausaha tidak berperanan dalam menjalankan tugasnya.
7. Buku Laporan Kokurikulum hilang.

Justeru sama-sama kita membetulkan apa yang tidak betul.

Salam daripada PKKK

No comments: