Sunday, March 8, 2009

Taklimat Penambahbaikan Pengurusan Kokurikulum

Satu taklimat kokurikulum akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mac 2009
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat.'
Keperluan : Pemahaman Maklumat Dalam Buku Penilaian Kokurikulum.
Guru Sesi Petang : Mulai Jam 11.30
Guru Sesi Pagi : Mulai Jam 1.10 tengahari.

Semua guru wajib hadir.

Sekian terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana masalah kemasukan markah yang lepas saya lakukan dengan lewat. Saya rasa Cikgu farzeli ada terlepas pandang, beberapa perkara iaitu
1. pada tahun lepas tuntutan markah diisi oleh pelajar kemudian guru penasihat menandatangan.Pada tahun ini saya cadangkan guru yang mengisi dan menandatangan borang tuntutan itu sendiri.
2. buku kokurikulum diserahkan kepada pelajar tanpa taklimat yang lengkap dan ia diserahkan selepas bulan jun. Guru-guru diberikan masa 2 minggu untuk menandatangan buku tersebut.
3. Buku Kehadiran digabungkan sama ada pelajar tersebut pagi atau petang. Saya cadangkan buku laporan dibahagikan kepada 2 iaitu pelajar sesi pagi dan pelajar sesi petang.

Anonymous said...

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya tindakan saya yang lepas telahmenyusahkan cikgu farzeli. Disini saya ingin memaklumkan beberapa perkara iaitu
1. pada tahun lepas buku kehadiran pelajar ke korikulum dibuat dalam satu buku sahaja seperti sekarang. Saya Cadangkan dibuat mengikut sesi dan kumpulan yang lebih kecil bergantung kepada jumlah ahli dan guru penasihat.
2. Borang tuntutan markah pada tahun lepas diisi oleh pelajar dan kemudian diserahkan kepada guru penasihat untuk ditandatangan. Saya cadangkan supaya guru penasihat yang mengisi dan menandatangan kemudian memberi markah berdasarkan kepada markah yg dinyatakan oleh cikgu farzeli.
3. Semua surat berkaitan dengan ko kurikulum mesti melalui cikgu farzeli kemudian baru dikeluarkan kepada cikgu 2 yang berkenaan

Anonymous said...

pada jam 10.30 pg terdapat pelajar ting 3 datang berjumpa dengan saya memaklumkan kekecewaan mereka kerana dalam perjumpaan yang lepas hanya pelajar-pelajar yg berpotensi ke sekolah berasrama penuh sahaja akan diberikan keutamaan untuk menyertai aktiviti di peringkat negeri atau kebangsaan. Pelajar tersebut kecewa dengan tindakan guru penasihat tersebut tetapi tidak berani untuk bercakap