Kegawatan Ekonomi yang melanda ketika ini telah menyebabkan ramai kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman peribadi untuk tujuan-tujuan tertentu. Keadaan ini dirancakkan lagi dengan adanya tawaran dan perlumbaan antara institusi kewangan di negara kita. Persoalannya antara sedar atau tidak, ketua jabatan (pengetua atau penolong kanan) terpaksa menandatangani perakuan pada borang permohonan yang membolehkan pegawai terbabit mendapat pinjaman. Kelulusan pinjaman tersebut bermakna Ketua Jabatan (pengetua atau penolong kanan ) " BERSUBAHAT " dalam meluluskan pinjaman yang ada kaitan dengan "RIBA". Dalam keadaan terdahulu kita tidak diberi pilihan, tetapi situasi sekarang berbeza . Ketua Jabatan telah diberi pilihan untuk memilih institusi kewangan yang menolak 'RIBA" atau meneruskan situasi sebelum ini. Apakah pilihan yang ada kepada Ketua Jabatan dan guru-guru atau kakitangan yang membuat pimbiayaan peribadi saat ini.
Friday, February 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Syukur Alhamdulillaah, sekiranya telah wujud pilihan lain untuk semua warga Islam dalam membuat pinjaman yang diperlukan tanpa melibatkan 'riba'
Post a Comment