Tuesday, February 10, 2009

Kejurulatihan dan Kepegawaian

Bidang Kokurikulum dan Sukan telah diberi nafas baru dalam arena pendidikan negera, namun demikian aspek kejurulatihan dan kepegawaian kurang diberi perhatian dan pendedahan. Di peringkat sekolah, guru-guru diagih untuk memimpin kelab atau persatuan-persatuan tertentu. Tidak terkecuali memimpin pertubuhan badan beruniform. Justeru guru yang dilantik tadi sepatutnya mempunyai kemahiran-kemahiran asas yang boleh membantu mereka melatih pelajar-pelajar yang menganggotai kelab atau pertubuhan tersebut. Kebanyakan guru tidak dilatih dalam bidang tersebut, mereka dilatih khusus untuk pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjadikan sesebuah pertubuhan di sekolah kian hambar kerana guru yang dilantik tersebut tidak mengisi atau merencana kelab / persatuan kepada keadaan yang boleh menarik minat pelajar sesuai dengan naluri perkembangan remaja.

No comments: