Pada bulan Januari dan Februari setiap tahun, semua warga sekolah akan bekerjasama menjayakan kejohanan olahraga. Latihan dan perjumpaan rumah sukan sedang rancak diaturkan. Pada masa yang sama program-program akademik turut berjalan. Justeru pelajar agak letih dan lesu bila sekembalinya ke rumah kerana seharian suntuk mereka berada di sekolah. Timbul pula ibu bapa yang tidak membenarkan atau mengalakan anak-anak mereka menyertai aktiviti seperti ini dengan alasan kepenatan, menghadiri kelas tambahan berbayar, kelas-kelas agama dan sebagainya.
Situasi ini bukan sahaja mengurangkan kemungkinan anak atau jagaan mereka mendapat markah yang kurang semasa penilaian kokurikulum dijalankan. Markah yang terbesar datangnya dari aspek kehadiran. Bagaimanakah ibu bapa atau penjaga dapat memaksimumkan markah anak-anak dalam dunia pendidikan yang kian komplek.
No comments:
Post a Comment